
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang baca halaman blog saya..semoga kalian terhibur, dan mendapat input dari apa yang tertulis kat dada blok ini..setelah berhempas pulas mengharungi ranjau berduri akhirnya saya dapat jua mengadap laptop dan melayari internet tanpa gangguan..(sakit gigi, demam,internet selalu server down,lembap dan laptop saya pulak rosak (ni saya pinjam laptop kawan) rasa nak nangis pun ada)kerja saya dah dua minggu tertangguh tau!. bila dapat masuk makmal selalu dapat pc yang tak bertuah..tapi takper..saya tak kan putus asa..saya ni kan bakal guru superwomen hehehe..berkat dari kesabaran, akhirnya saya berjaya menyambung kembali kerja saya yang hampir terbengkalai..
TECHNOLOGY? WHAT IT IS?

Pada minggu yang ketiga,aku telah mempelajari suatu ilmu yang begitu penting sekali dalam dunia pendidikan,menurut cik chin teknologi adalah suatu aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, pendidikan dan lain-lain. teknologi juga boleh dikatakan sebagai kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal. teknlogi sebagai objek : perkakas,mesin,insturmen,senjata, appliances-barangan fizikal daripada teknikal performance. teknologi juga sebagai imu pengetahuan disebalik inovasi dan teknologi. teknologi sebagai aktiviti manusia-bakat,kaedah,rutin,prosedur. teknologi sebagai proses:bermula dengan keperluan dan berakhir dengan penyelesaian. teknologi sebagai sistem sosio teknikal. manufacture dan kegunaan objek melibatkan manusia dan kombinasi objek lain.
TEKNOLOGI DIDALAM PENDIDIKAN

1. pelajar menggunakan teknlogi untuk mencari dan mempraktiskan aktiviti
2. pelajar menggunakan teknologi untuk mencipta produk contohnya : database dan pemprosesan ayat.
3. pelajar menggunakan teknologi untuk membuat kaji selidik dan berkongsi serta membincangkan keputusannya.
4. pelajar menggunakan teknologi untuk mencadangkan, membuat keputusan, tindak balas dan merasai kesan yang datang secara tiba-tiba.
5. pelajar menggunakan teknlogi untuk mengkaji jalan penyelesaian alternatif dan membuat anggaran.
IMPAK DALAM PEKERJAAN

1. Majikan mahukan pekerja yang : berkebolehan dalam menggunakan teknlogi informasi
2. Merupakan pencari informasi, penganalisis dan penghurai
3. Boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan sendiri
4. Kreatif dan efektif dalam menggunakan productivity tools
5. Bijak berkomunikasi, mengarah dan memasarkan barangan.
kesimpulannya, teknologi pada masa kini merupakan sesuatu yang perlu ada dalam jua bidang samada ia melibatkan alam sekitar, manusia dan mesin. di dalam bidang pendidikan, teknologi akan memudahkan penyampaian ilmu kepada pelajar. ia dapat membantu pelajar merasai keadaan sebenar sesuatu perkara. dengan teknlogi juga pelajar dapat mengembangkan lagi pengetahuan mereka serta mengetahui perkara yang berlaku seluruh dunia.
KONSEP PEMBESTARIAN SEKOLAH.

Pembestarian Sekolah bermaksud satu proses untuk mencapai matlamat pendidikan negara dan membantu murid menghadapi era teknologi maklumat melalui:
1. Pembekalan infrastruktur ICT ke sekolah;
2. Keupayaan guru mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran; dan
3. Pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem pengurusan berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran.
OBJEKTIF SEKOLAH BESTARI

1.Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
2.Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
3.Mendemokrasikan pendidikan
4.Memupuk perkembangan menyeluruh individu
5.Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu
CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI

1. Pembelajaran Kendiri Berasaskan ICT
2. Sistem Pengurusan Sekolah Berbantukan ICT
3. Persekitaran yang Kondusif bagi Pembelajaran
4. Pentadbir dan Guru yang Profesional
5. Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
6. Pentaksiran yang Berterusan bagi Menyokong Pengajaran dan Pembelajaran
7. Penglibatan serta Sokongan Tinggi daripada Ibu Bapa dan Komuniti
KESIMPULAN
sekolah bestari merupakan sekolah yang berasaskan ICT dalam penyampaian pengajaran dan menjadikan ICT sebagai sumber utama pentadbiran sekolah. pelajar juga menggunakan teknlogi untuk mencari maklumat-maklumat dan juga rujukan secara meluas, ini dapat meningkatkan lagi tahap pencapaian pelajar dari semua aspek.

Posted in:
on
Saturday, February 2, 2008
at
at
3:06 AM