selamat mengerjakan ibadat puasa,semoga ibadat pada tahun ini berkualiti dari tahun lepas..

lagu ini memberi semangat kepada sesiapa yang sedang berduka..

p/s kepada yang sedang berduka..ingatlah hidup ini merupakan sebuah perjuangan..jadi sabarlah dalam sabar kerana sabar itu pengakhirannya adalah indah..

tiada duka yang abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini



Monolog Pengemis Cinta

Ku mencari cinta sejati.............

ku mencari cinta abadi............

Ku mencari kebahagian yang hakiki..............

tetapi dimana cinta sejati itu?..

kekadang ku keliru....

bagaimana kah cara untukku dapatkan cinta sebegitu..?

sedangkan aku bukanlah seperti Rabiatul adawiah..

aku bukanlah seperti fatimah azzahra'...

tuhan....adakah aku layak mendapat cintaMu yang amat mulia sekali..?

apa yang aku tahu...

apabila seseorang hamba mendapat cintaMU...

pasti tidak akan dikecewakan oleh Mu..

Masya Allah indahnya cintaMu..

yang pasti tidak akan membuat ku rasa kecewa jauh sekali rasa sedih...........

hati ini mahu disayangi dan dicintai selalu...

Tuhan...engkaulah cinta agungku...

terimalah cinta hambamu ini..

betapa kerdilnya diri ini...

betapa hinanya hamba mu ini...

sudilah terima cinta hamba mu ini...

cinta ku ini penuh kekurangan..hanya tahu mengharap dan menagih cintaMu..

tetapi tidak pandai perbuat apa-apa..

tiada pengorbanan besar yang pernah aku lakukan..

amalanku sering kali lalai dan alpa..

tuhan aku punyai seribu satu kelemahan...

aku bagaikan pengemis cinta....

mengharap cinta Mu yang amat mahal dan amat bernilai dari segala apa yang ada di dunia ini.

ku mengharap kepadamu sepenuh pengharapan

kerana ku tahu engkau pasti tidak akan mengecewakan aku...

Tuhan........

betapa seksanya jiwa ini bila diuji dengan cinta..

aku bertarung antara cinta dan nafsu..

tuhan …

jangan tinggalkan aku....

aku perlukan rahmat dan kasih sayang mu...

untuk menelunjuki ke arah kepangkuan mu..

jika dia hadir sebagai pembimbing ku untuk mengenali mu lebih dekat lagi...

maka takdirkan lah dia untuk ku..

kerana engkau mengetahui segala apa yang baik dan apa yang buruk untuk ku

sedangkan aku jahil dan tidak mengetahui …

aku tidak ada kudrat dan kuasa untuk menentukan siapakah suami ku

tetapi engkau tahu dan berkuasa menentukan mengikut ilmu dan iradatMu..

tuhan...

aku pencari cintaMu..

aku mengharapkan cintaMu dalam mencari pasanganku dalam menjalani kehidupan ku di alam maya ini...ya Allah jadikanlah aku dicintai oleh hamba yang juga mencintai mu..satukanlah hati ini dalam rahmat mu...

Ikhlas dari pengemis_ cinta ar Rahim...





TV PENDIDIKAN

salam muhibbah saya hulurkan buat buat semua pensyarah sebagai tanda kasih bertaut dan ukhuwah terjalin.terima kasih di atas kesabaran melayan kerenah saya dan rakan-rakan seangkatan. kami amat menghargai jasa pensyarah sekelian.

pada minggu lalu saya telah berkenalan dengan program tv pedidikan. apa yang saya perolehi melalui perkenalan sesingkat ini ialah :

TV Pendidikan merupakan sebuah saluran televisyen berbentuk pendidikan yang kini bersiaran di saluran terestrial terbaru Malaysia, TV9. TV Pendidikan dimiliki dan diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan ia menyiarkan pelbagai rancangan untuk pelbagai subjek sekolah. Moto rasmi TV Pendidikan ialah "Teknologi Untuk Pendidikan Bestari".

TV Pendidikan telah dilancarkan rasminya pada 19 Jun 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak. Sebelum ianya bersepadu dengan TV9, TV Pendidikan telah bersiaran di Astro saluran 13 dan kedua-dua stesen televisyen terrestrial Malaysia RTM1 dan RTM2. Sejak TV Pendidikan bersiaran hanya pada setengah hari, masa siaran lain telah diambil alih oleh Astro pada 17 Januari 2000. Oleh kerana Astro tidak membaharui kontrak dengan TV Pendidikan pada 31 Disember 2006, Saluran 13 yang menyiarkan TV Pendidikan kini ditukar dengan NHK World. Kini, ia bersiaran di saluran terrestrial Malaysia, TV9 sejak 3 Januari 2007.

RTM1 dan RTM2 (1972-1999)
TV Pendidikan bersiaran di RTM1 dan RTM2 sejak 1972 hingga 1999.

Astro (2000-2006)
Apabila TV Pendidikan bermula di Astro sejak 2000, Saluran 28 menyiarkan dua rangkaian seperti TV Pendikan disirakan dari Isnin hingga Khamis 9.00 pagi hingga 5.00 petang manakala Animal Planet menyiarkan keseluruhan masanya (Animal Planet bersiaran sepenuh masa di saluran 556).

TV Pendidikan berpindah ke Saluran 13 pada 2002 di mana mereka menyiarkan dua rangkaian, iaitu TV Pendidikan dan TechTV, sebuah saluran yang menyiarkan berita dan rancangan tentang komputer, teknologi dan internet. TV Pendidikan bersiaran Isnin hingga Khamis dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada waktu sekolah sahaja, manakala TechTV menyiarkan keseluruhan masanya. Sejak TechTV tamat, Astro menyiarkan episod lama TechTV berulangan sehingga Astro telah mencapai persefahaman dengan G4techTV untuk membeli siri televisyennya seperti Attack of the Show, X-Play dan lagi dan kemudian siar semula secara tempatan.

Sejak 1hb Mac 2006, semua rancangan G4 telah disiarkan di Astro TVIQ, saluran pendidikan Astro. Saluran 13 akan menyiarkan rancangan-rancangan pendidikan. Kini, Astro tidak lagi menyiarkan rancangan-rancangan G4.

TV9 (kini)
Sejak bersepadu dengan TV9, TV Pendidikan bersiaran dari 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari setiap Isnin hingga Khamis termasuk cuti sekolah. Baru-baru ini, TV Pendidikan telah meletakkan sebuah logo kekal di kiri atas skrin, dan disiarkan terus dengan logo TV9 di kanan atas hanya semasa rancangan 4 jamnya, kecuali semasa rehat pendek antara rancangannya.


Rancangan ini menyiarkan lapan subjek sekolah menengah iaitu:

* Bahasa Malaysia
* Bahasa Inggeris
* Matematik
* Sains
* Sejarah
* Geografi
* Teknik dan Vokasional
* Pendidikan Islam

Manakala untuk sekolah kebangsaan, rancangan ini menyiarkan tujuh subjek iaitu:

* Bahasa Malaysia
* Bahasa Inggeris
* Matematik
* Sains
* Pendidikan Islam
* Pendidikan Moral
* Sivik dan Kewarganegaraan

Selain daripada itu, TV Pendidikan juga mempunyai rancangan-rancangan khas untuk penonton-penonton umum seperti

* Pedadogi
* Kerjaya
* Lensa TVP
* Laman Minda - siaran langsung yang dahulunya dikenali sebagai Bicara.

TV9 juga menyiarkan rancangan pendidikan sendiri iaitu

* Kerjaya & Kaunseling
* Motivasi Murid
* Bijak Belajar - pertama kali disiarkan di TV3 pada 1990-an
* Anak Siapa Ni Eh - pertama kali disiarkan di TV9 pada 2006

persoalannya?
apabila melihat situasi sekarang ini, saluran tv yang menjadi pilihan remaja hari ini bukanlah tv pendidikan sebaliknya mereka lebih meminati siaran hiburan. bagaimanakah cara untuk menarik minat golongan pelajar ini?

INTERAKTIF WHITEBOARD

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pensyarah yang dihormati sekelian..pejam celik pejam celik rupa-rupanya kami semua berada di ambang semester baru.. begitu cepat masa berlalu meninggalkan kami semua, pelajaran yang terakhir yang kami perolehi adalah Interaktif papan tulis (whiteboard)yang diajar oleh cik fenny..suasana kelas kami agak berlainan sedikit kerana kumpulan kami bergabung dengan group cik umi, dan Dr. Saedah di dalam makmal. apa yang kami faham mengenai interaktif whiteboard ialah sebuah alat yang dipanggil 'papan digital' yang disambungkan kepada PC dan LCD projektor akhirnya mewujudkan interaktif imej besar kepada skrin dengan hanya menyentuh pada permukaan papan dengan pen elektronik atau jari membolehkan penyampai berada di depan hadirin tanpa perlu menyentuh komputer. menarik bukan?..

kami semua berpeluang mencuba dan merasai sendiri pengalaman menyentuh papan tulis interaktif Smartboard semasa perbentangan akhir. pada pendapat saya, kita semua selaku bakal guru perlu mengetahui dan mempelajari ilmu ini, kerana suatu hari nanti kita akan menggunakan papan tulis interaktif Smartboard semasa proses pembelajaran dan pengajaran nanti insyaallah,. Negara-negara maju telah mula menggunakan touch-screen interactive whiteboard dan teknologi pendidikan di sekolah sekolah mereka. kami difahamkan bahawa pada tahun 2010 semua sekolah dibawah kementerian akan menggunakan papan tulis interaktif Smartboard secara meluas.benarkah?.

Untuk mempelajari touch-screen interactive whiteboard tidaklah sesukar mana semua rakan-rakan saya enjoy mengikuti kelas ini kerana Papan tulis interaktif Smartboard mempunyai fungsi yang sama dengan white board biasa Cuma canggih ler sikit. Apabila diberi tugasan untuk membina bahan megajar dan latihan semua sahabat-sahabat saya termasuk saya sendiri terlalu teruja ada yang sudah mahir memasukkan gambar, video, lagu dan lain-lain lagi, sebenarnya kita boleh merekacipta pelbagai aktiviti latihan yang menarik lagi itu bergantung kepada kreativiti masing-masing.

terdapat sedikit keluhan dari rakan-rakan iaitu 'Smartboard terlalu lambat mengenali gerakan pena kita (betul tak rakan-rakan), sehingga tulisan tangan kita menjadi pecah-pecah dan susah untuk menarik, mengheret bahan bina kita’ (mungkin tak biasa lagi kot).

Pada pedapat saya Ini bukanlah masalah Smartboard tetapi masalah program komputer. Jika dibersihkan, defragmentation dan sedikit upgrade hardware, komputer yang mengendalikan Smartboard dapat running dengan sangat cepat dan tiada lagi masalah (kalu tidak percaya cubalah).

Saya yakin dengan adanya touch-screen interactive whiteboard suasana kelas menjadi lebih menyenangkan, betapa hebatnya whiteboard ini ia dapat hasilkan dan dimanipulasi oleh sesiapapun, guru boleh masukkan gambar gambar, film, latihan interaktif dan teks dan Smartboard mampu membuat kelas menjadi lebih kaya pengalaman belajar, dan akses Internet di papan tulis tersebut merupakan sesuatu yang amat bernilai. terima kasih cik fenny kerana ajar kami IWB

persoalannya??

Penggunaan papan tulis interaktif dalam pendidikan: sekadar mainan atau sebaliknya? sejauhmanakah keberkesanannya?
adakah kami semua berpeluang mempraktikskan ilmu IWB di sekolah nanti? adakah semua sekolah mempunyai IWB?

selain teknik latihan hide n seek iaitu mentenggelamkan jawapan dan timbulkan balik jawapan adakah terdapat teknik lain yang lebih menarik lagi?

Pengurusan Makmal Komputer

hari yang lalu aku telah mempelajari cara-cara mengurus makmal komputer di sekolah. Hasil dari pembelajaran tersebut aku telah mengetahui teknik-teknik mengurus, menyimpan alat komputer dan keselamatan pengguna terutamanya bakal pelajarku nanti.


cik chin telah mendedahkan permasalahan yang telah timbul disekolah iaitu pengunaan makmal di sekolah tidak digunakan semaksima mungkin oleh guru guru dan pelajar, antara punca yang dapat dikenalpasti ialah makmal komputer terletak jauh dari bangunan sekolah, tiada kesedaran mengenai kepentingan makmal komputer, peralatan komputer tidak mencukupi, susunan dalaman tidak menarik (berselerak dengan wayar-wayar dan sebagainya). perkara ini amat mengecewakan kami semua, atas kesedaran tersebut cik chin telah mengarahkan kami membentangkan cara-cara untuk mempromosikan makmal komputer di sekolah, kami semua berasa seronok menerima tugasan yang diberikan oleh cik chin, semua sahabat-sahabat aku termasuk aku sendiri membentangkan hasil tugasan tersebut,pelbagai cadangan dan cara untuk mempermosikan sekolah antaranya mengadakan hari terbuka makmal sekolah, pertandingan mencipta laman web dan lain-lain lagi.

berbalik kepada pengurusan makmal, setiap guru harus mengetahui cara-cara mengurus makmal dengan baik bagi mengelak berlakunya kerosakan kepada komputer, komputer perlu dijaga dengan rapi kerana alat ini terlalu sensitif dan terdapat pantang larang yang perlu dijaga agar komputer tidak mudah rosak antaranya :
1.Pastikan komputer tidak berada di bilik suhu yang terlalu panas
2. Guna ‘stabilizer’ supaya voltan elektrik terkawal
3. Elakkan terhantuk, tergegar dengan kuat, terjatuh
4.Jangan letak di dalam boot kereta
5. Tutup komputer dan peranti unit dengan lapis plastik
6. Elakkan sistem unit terdedah terlalu lama tanpa casing
7. Tanggalkan plug daripada soket elektrik
8. Elakkan sambung kabel peranti(mouse/keyboard) ke sistem unit tanpa sistem unit di
shutdown
9. Jangan menanggal/memasang
RAM/kad lain ke dalam storan
tanpa memutuskan sumber
elektrik
10. Biarkan sistem unit ‘cool down’ sebelum membaik pulih komputer
11. Pastikan kabel monitor, kabel kuasa dan kabel peranti-peranti terurus dan tidak terlipat di belakang sistem unit

12. Apabila menyambung kabel-kabel ke sistem unit, lakukan dengan berhati-hati supaya pin kabel tidak terbengkon/patah

manakala keselamatan pengguna adalah seperti berikut :
1.Pastikan meja komputer terurus, sistem unit terletak di tempat sesuai dan
mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti
2. Guna penapis cahaya monitor
3. Laraskan kedudukan monitor dengan mata harus 18-24 inci jauh dari mata

persoalannya??
adakah kempen yang kami bentangkan di dalam kelas minggu lalu memberi kesan yang berpanjangan?atau adakah kempen itu memberi kesan yang sementara sahaja?

selain kempen adakah ada kaedah yang lebih efektif untuk menarik minat warga sekolah menggunakan semaksima mungkin makmal komputer sekolah?

Kuliah Minggu KeEmpat

PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

pada minggu keEmpat, aku telah memperlajari satu Program Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI. mesti sahabat-sahabat tertanya-tertanya mengapa kita didedahkan dengan ilmu ini bukannya Program Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam?kita selaku bakal guru Kementerian perlu mengetahui semua jenis ilmu pengetahuan dan perlu peka dengan dasar atau rancangan kerajaan dalam bidang pendidikan, saya difahamkan program ini merupakan salah satu rancangan kerajaan malaysia untuk meningkatkan lagi penguasaan kemahiran berbahasa Inglish, dan kerajaan malaysia cuba untuk menjadikan bahasa Inglish sebagai bahasa ilmu. program ini telah dilaksanakan pada tahun 2003. antara objektif pelaksanaan program ini ialah :

1. guru berpeluang meningkatkan penguasaan BI, konten dan pedagogi melalui pengajaran mikro
2. Bertukar idea tentang pendekatan pengajaran sesuatu tajuk

antara kaedah-kaedah yang digunapakai didalam program pengajaran dan pembelajaran sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah :

kaedah 1
1. Guru S/M Tingkatan 3 dari sekolah berdekatan berjumpa sekali dalam 2 minggu di luar waktu sekolah
2. Aktiviti Micro-teaching/latihan amali penyampaian sesuatu tajuk S/M
3. Guru BI dijemput hadir dalam sesi yang memerlukan kepakaran BI
4. Merekodkan perjumpaan (aktiviti yang dijalankan)

Kaedah 2
1. Guru S/M Tingkatan 3 dari sekolah yang sama berkumpul sekali dalam 2 minggu bersama Guru BI menyediakan lesson plan bagi satu sesi pengajaran
2. Salah seorang guru mengajar berpandukan lesson plan, guru lain membuat pemerhatian
3. Guru-guru lain membincangkan komen. Guru yang mengajar membaiki lesson plan untuk pengajaran

antara strategi Utama program ini adalah :
1. Meningkatkan penguasaan BI guru
2. Meningkatkan penguasaan B.I murid
3. Mewujudkan suasana yang menggalakkan kelicinan PPSMI

Blogger Template by Blogcrowds