Kuliah Minggu KeEmpat
PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)
pada minggu keEmpat, aku telah memperlajari satu Program Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI. mesti sahabat-sahabat tertanya-tertanya mengapa kita didedahkan dengan ilmu ini bukannya Program Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam?kita selaku bakal guru Kementerian perlu mengetahui semua jenis ilmu pengetahuan dan perlu peka dengan dasar atau rancangan kerajaan dalam bidang pendidikan, saya difahamkan program ini merupakan salah satu rancangan kerajaan malaysia untuk meningkatkan lagi penguasaan kemahiran berbahasa Inglish, dan kerajaan malaysia cuba untuk menjadikan bahasa Inglish sebagai bahasa ilmu. program ini telah dilaksanakan pada tahun 2003. antara objektif pelaksanaan program ini ialah :
1. guru berpeluang meningkatkan penguasaan BI, konten dan pedagogi melalui pengajaran mikro
2. Bertukar idea tentang pendekatan pengajaran sesuatu tajuk
antara kaedah-kaedah yang digunapakai didalam program pengajaran dan pembelajaran sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah :
kaedah 1
1. Guru S/M Tingkatan 3 dari sekolah berdekatan berjumpa sekali dalam 2 minggu di luar waktu sekolah
2. Aktiviti Micro-teaching/latihan amali penyampaian sesuatu tajuk S/M
3. Guru BI dijemput hadir dalam sesi yang memerlukan kepakaran BI
4. Merekodkan perjumpaan (aktiviti yang dijalankan)
Kaedah 2
1. Guru S/M Tingkatan 3 dari sekolah yang sama berkumpul sekali dalam 2 minggu bersama Guru BI menyediakan lesson plan bagi satu sesi pengajaran
2. Salah seorang guru mengajar berpandukan lesson plan, guru lain membuat pemerhatian
3. Guru-guru lain membincangkan komen. Guru yang mengajar membaiki lesson plan untuk pengajaran
antara strategi Utama program ini adalah :
1. Meningkatkan penguasaan BI guru
2. Meningkatkan penguasaan B.I murid
3. Mewujudkan suasana yang menggalakkan kelicinan PPSMI
Posted in: on Sunday, February 3, 2008 at at 4:49 AM
