Pengurusan Makmal Komputer
hari yang lalu aku telah mempelajari cara-cara mengurus makmal komputer di sekolah. Hasil dari pembelajaran tersebut aku telah mengetahui teknik-teknik mengurus, menyimpan alat komputer dan keselamatan pengguna terutamanya bakal pelajarku nanti.
cik chin telah mendedahkan permasalahan yang telah timbul disekolah iaitu pengunaan makmal di sekolah tidak digunakan semaksima mungkin oleh guru guru dan pelajar, antara punca yang dapat dikenalpasti ialah makmal komputer terletak jauh dari bangunan sekolah, tiada kesedaran mengenai kepentingan makmal komputer, peralatan komputer tidak mencukupi, susunan dalaman tidak menarik (berselerak dengan wayar-wayar dan sebagainya). perkara ini amat mengecewakan kami semua, atas kesedaran tersebut cik chin telah mengarahkan kami membentangkan cara-cara untuk mempromosikan makmal komputer di sekolah, kami semua berasa seronok menerima tugasan yang diberikan oleh cik chin, semua sahabat-sahabat aku termasuk aku sendiri membentangkan hasil tugasan tersebut,pelbagai cadangan dan cara untuk mempermosikan sekolah antaranya mengadakan hari terbuka makmal sekolah, pertandingan mencipta laman web dan lain-lain lagi.
berbalik kepada pengurusan makmal, setiap guru harus mengetahui cara-cara mengurus makmal dengan baik bagi mengelak berlakunya kerosakan kepada komputer, komputer perlu dijaga dengan rapi kerana alat ini terlalu sensitif dan terdapat pantang larang yang perlu dijaga agar komputer tidak mudah rosak antaranya :
1.Pastikan komputer tidak berada di bilik suhu yang terlalu panas
2. Guna ‘stabilizer’ supaya voltan elektrik terkawal
3. Elakkan terhantuk, tergegar dengan kuat, terjatuh
4.Jangan letak di dalam boot kereta
5. Tutup komputer dan peranti unit dengan lapis plastik
6. Elakkan sistem unit terdedah terlalu lama tanpa casing
7. Tanggalkan plug daripada soket elektrik
8. Elakkan sambung kabel peranti(mouse/keyboard) ke sistem unit tanpa sistem unit di
shutdown
9. Jangan menanggal/memasang
RAM/kad lain ke dalam storan
tanpa memutuskan sumber
elektrik
10. Biarkan sistem unit ‘cool down’ sebelum membaik pulih komputer
11. Pastikan kabel monitor, kabel kuasa dan kabel peranti-peranti terurus dan tidak terlipat di belakang sistem unit
12. Apabila menyambung kabel-kabel ke sistem unit, lakukan dengan berhati-hati supaya pin kabel tidak terbengkon/patah
manakala keselamatan pengguna adalah seperti berikut :
1.Pastikan meja komputer terurus, sistem unit terletak di tempat sesuai dan
mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti
2. Guna penapis cahaya monitor
3. Laraskan kedudukan monitor dengan mata harus 18-24 inci jauh dari mata
persoalannya??
adakah kempen yang kami bentangkan di dalam kelas minggu lalu memberi kesan yang berpanjangan?atau adakah kempen itu memberi kesan yang sementara sahaja?
selain kempen adakah ada kaedah yang lebih efektif untuk menarik minat warga sekolah menggunakan semaksima mungkin makmal komputer sekolah?
Posted in: on Thursday, March 27, 2008 at at 4:20 PM
