INTERAKTIF WHITEBOARD

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pensyarah yang dihormati sekelian..pejam celik pejam celik rupa-rupanya kami semua berada di ambang semester baru.. begitu cepat masa berlalu meninggalkan kami semua, pelajaran yang terakhir yang kami perolehi adalah Interaktif papan tulis (whiteboard)yang diajar oleh cik fenny..suasana kelas kami agak berlainan sedikit kerana kumpulan kami bergabung dengan group cik umi, dan Dr. Saedah di dalam makmal. apa yang kami faham mengenai interaktif whiteboard ialah sebuah alat yang dipanggil 'papan digital' yang disambungkan kepada PC dan LCD projektor akhirnya mewujudkan interaktif imej besar kepada skrin dengan hanya menyentuh pada permukaan papan dengan pen elektronik atau jari membolehkan penyampai berada di depan hadirin tanpa perlu menyentuh komputer. menarik bukan?..

kami semua berpeluang mencuba dan merasai sendiri pengalaman menyentuh papan tulis interaktif Smartboard semasa perbentangan akhir. pada pendapat saya, kita semua selaku bakal guru perlu mengetahui dan mempelajari ilmu ini, kerana suatu hari nanti kita akan menggunakan papan tulis interaktif Smartboard semasa proses pembelajaran dan pengajaran nanti insyaallah,. Negara-negara maju telah mula menggunakan touch-screen interactive whiteboard dan teknologi pendidikan di sekolah sekolah mereka. kami difahamkan bahawa pada tahun 2010 semua sekolah dibawah kementerian akan menggunakan papan tulis interaktif Smartboard secara meluas.benarkah?.

Untuk mempelajari touch-screen interactive whiteboard tidaklah sesukar mana semua rakan-rakan saya enjoy mengikuti kelas ini kerana Papan tulis interaktif Smartboard mempunyai fungsi yang sama dengan white board biasa Cuma canggih ler sikit. Apabila diberi tugasan untuk membina bahan megajar dan latihan semua sahabat-sahabat saya termasuk saya sendiri terlalu teruja ada yang sudah mahir memasukkan gambar, video, lagu dan lain-lain lagi, sebenarnya kita boleh merekacipta pelbagai aktiviti latihan yang menarik lagi itu bergantung kepada kreativiti masing-masing.

terdapat sedikit keluhan dari rakan-rakan iaitu 'Smartboard terlalu lambat mengenali gerakan pena kita (betul tak rakan-rakan), sehingga tulisan tangan kita menjadi pecah-pecah dan susah untuk menarik, mengheret bahan bina kita’ (mungkin tak biasa lagi kot).

Pada pedapat saya Ini bukanlah masalah Smartboard tetapi masalah program komputer. Jika dibersihkan, defragmentation dan sedikit upgrade hardware, komputer yang mengendalikan Smartboard dapat running dengan sangat cepat dan tiada lagi masalah (kalu tidak percaya cubalah).

Saya yakin dengan adanya touch-screen interactive whiteboard suasana kelas menjadi lebih menyenangkan, betapa hebatnya whiteboard ini ia dapat hasilkan dan dimanipulasi oleh sesiapapun, guru boleh masukkan gambar gambar, film, latihan interaktif dan teks dan Smartboard mampu membuat kelas menjadi lebih kaya pengalaman belajar, dan akses Internet di papan tulis tersebut merupakan sesuatu yang amat bernilai. terima kasih cik fenny kerana ajar kami IWB

persoalannya??

Penggunaan papan tulis interaktif dalam pendidikan: sekadar mainan atau sebaliknya? sejauhmanakah keberkesanannya?
adakah kami semua berpeluang mempraktikskan ilmu IWB di sekolah nanti? adakah semua sekolah mempunyai IWB?

selain teknik latihan hide n seek iaitu mentenggelamkan jawapan dan timbulkan balik jawapan adakah terdapat teknik lain yang lebih menarik lagi?

0 comments:

Blogger Template by Blogcrowds